Kelas Kesedaran eSukan: Membina Personal Branding Pemain
18 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk Membina Personal Branding Pemain. Kelas Kesedaran eSukan ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina identiti dan imej diri yang positif sebagai pemain eSukan. Perkongsian merangkumi cara membentuk personal branding, menampilkan kelebihan diri serta membina reputasi yang baik dalam komuniti eSukan.
Peserta turut diberikan panduan mengenai penggunaan media sosial secara bijak bagi mempromosikan diri, berkongsi pencapaian dan membina hubungan dengan komuniti. Kelas ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan keyakinan diri serta mengembangkan potensi mereka dalam bidang eSukan secara lebih profesional dan positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: